Friday, October 1, 2021

2021-10-01 Jumaat :: Kata Tanya 01 & Pemahaman 09 [Hari Sukan]

Kerja rumah 👉

  1. Kata Tanya -  Latihan 01 [ A & B ]
  2. Pemahaman - Latihan 09


Kata Tanya

apa (what)

  1. Kamu sedang makan apa?
  2. Apakah nama kucing peliharaan kamu?

siapa (who)

  1. Siapakah nama murid baharu itu?
  2. Buku ini hendak diberi kepada siapa?

bagaimana (how)

  1. Bagaimanakah cara membuat kek?
  2. Bagaimanakah kamu pergi ke sekolah?

berapa (how many/how much)

  1. Pukul berapakah sekarang?
  2. Kamu ada berapa orang adik-beradik?

bila (when)

  1. Bilakah Hari Kemerdekaan negara Malaysia?
  2. Bilakah abang akan pergi ke Singapura?

mana (where)

  1. Simon tinggal di mana?
  2. Ke manakah ibu hendak pergi kemudian?

mengapa (why)

  1. Mengapakah budak perempuan itu menangis?
  2. Mengapakah kita harus bersenam?


No comments:

Post a Comment

Kata Arah Tahun 5

Kata Arah Tahun 5 , an interactive worksheet by BBZ live worksheets.com